Assalamualaikum w.b.t
Entry kali ini berkisah mengenai perjumpaan kumpulan kami buat kali kelima.
Masa: 2.00 petang – 4.30 petang
Tempat: BS20
Agenda pertama ialah Pengarah Program iaitu Fansuri membentangkan Kertas Kerja Projek yang telah siap dibuat oleh Setiausaha Program iaitu Raihana kepada semua ahli kumpulan untuk memperjelaskan semua perkara yang telah dirancang.
Agenda kedua ialah membincangkan mengenai siapa yang akan membentang Kertas Kerja Projek ini kepda Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada esok hari pada pukul 9 pagi. Keputusan telah dibuat dan hanya 4 orang yang akan pergi iaitu Fansuri, Zulhilmi, Amalina & Farah.
Agenda seterusnya mengenai update kerja bagi setiap biro, terutama biro pengangkutan & perhubungan luar, multimedia dan tugas-tugas khas.
Biro Pengangkutan & Perhubungan Luar : Isu harga sewaan bas.
Biro Multimedia : Tempahan baju & tag nama.
Tugas-tugas khas : Isu pembelian cenderamata.
Selesai.




No comments:
Post a Comment