Assalamualaikum.
Update untuk meeting kedua kami yang diadakan di Bilik Mesyuarat PMUM.
Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Program ASTER iaitu Hamizah kerana Pengarah tidak daoat menghadirkan diri atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan.
Seterusnya, Hamizah meminta setiap
ahli kumpulan untuk memberikan cadangan tempat-tempat dan program yang sesuai dan
menarik. Enam cadangan telah diambil.
Seterusnya Nazmie dari Biro Pengisian mengutarakan cadangan program yang telah beliau rencanakan kepada ahli kumpulan yang lain.
Agenda seterusnya perbincangan nama blog dan email. Setiap ahli kumpulan memberikan nama-nama yang
menarik untuk dijadikan blog. Tetapi, perbincangan ditangguhkan kerana kata sepakat
akan memilih nama berdasarkan program yang bakal dijalankan.
Perjumpaan kami tamat sekadar itu. Diakhiri dengan tasbih kafarah.
Selesai.


No comments:
Post a Comment