Assalamualaikum w.b.t.
Pada pagi 7 April 2015 pada jam 8.00 pagi kami bertolak ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pembentangan dan perbincangan bersama beberapa orang pegawai di sana berkenaan program kami.
Terdapat beberapa perubahan yang diubah oleh pihak JPWPKL iaitu pertamanya berkaitan dengan nama program. Kami hanya mengusulkan nama "A STEP TO EXPLORE ( ASTER )" sebagai nama program kami. JPWPKL mengusulkan supaya ditambah "Nadwah Kepimpinan Islam bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( SMKA ) , Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) & Kelas Aliran Agama ( KAA ) .
Keduanya berkaitan tarikh program. Sebagaimana yang ditulis dalam Kertas Kerja Projek, kami menyatakan tarikh program iaitu 24 April - 26 April 2015 . Jadinya setelah mereka meneliti tentatif dan pengisian dalam KKP kami, mereka mencadangkan supaya program itu dibuat dua sesi. Sesi pertama pada 24 April 2015 seterusnya sesi kedua pada 9-10 Mei 2015 untuk membolehkan para pelajar bersedia lebih awal untuk Konvensyen Pendidikan Islam yang mana mereka diberi tugasan untuk pembentangan yang bertajuk "Pendidikan Islam & Teknologi : Isu & Cabaran". Maka, pihak kami juga bersetuju dengan cadangan tersebut.
Seterusnya mengenai penginapan. Pihak JPWPKL meminta untuk menyediakan bilik untuk pihak mereka pada tarikh 9-10 Mei 2015 bertujuan untuk memantau program kami. Jadi, kami perlu mengedit pada bahagian belanjawan.
Setelah habis berbincang, pihak jabatan bersetuju untuk menjalankan program ini bersama kami atas nama JPWPKL . Hal ini kerana akan memudahkan urusan kami untuk berurusan berkenaan sekolah yang dipilih dan urusan sumbangan. Terdapat beberapa kesalahan dalam Kertas Kerja Projek kami dan kami diminta untuk mengedit semula dan email kepada pihak mereka secepat mungkin.
Selesai.






No comments:
Post a Comment