Pages

Tuesday, 14 April 2015

PERJUMPAAN KALI KEENAM ( 8 APRIL 2015 )


Assalamualaikum readers.
Update terkini mengenai perjumpaan kami buat kali keenam :)

Masa : 4.45petang - 5.30 petang
Tempat : Tempat makan Fakulti Pendidikan.



Perjumpaan ini dibuat hanya sekadar untuk memberitahu semua ahli kumpulan mengenai apa yang dibincangkan bersama pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan keputusannya kerana ada beberapa perkara penting yang perlu diubah.







Pengarah Program menggesa semua ahli kumpulan untuk meneruskan kerja-kerja mengikut biro masing-masing kerana program semakin dekat dan banyak perkara penting yang perlu dilakukan mengikut prosedur.

Selesai. Selamat bercuti !

---------------------------------------------------------------

MIDSEM BREAK ! Yeayyyyyyyyyyyyyy :D

PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ( 7 APRIL 2015 )


Assalamualaikum w.b.t.

Pada pagi 7 April 2015 pada jam 8.00 pagi kami bertolak ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pembentangan dan perbincangan bersama beberapa orang pegawai di sana berkenaan program kami. 








Terdapat beberapa perubahan yang diubah oleh pihak JPWPKL iaitu pertamanya berkaitan dengan nama program. Kami hanya mengusulkan nama "A STEP TO EXPLORE ( ASTER )" sebagai nama program kami. JPWPKL mengusulkan supaya ditambah "Nadwah Kepimpinan Islam bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( SMKA ) , Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) & Kelas Aliran Agama ( KAA ) .

Keduanya berkaitan tarikh program. Sebagaimana yang ditulis dalam Kertas Kerja Projek, kami menyatakan tarikh program iaitu 24 April - 26 April 2015 . Jadinya setelah mereka meneliti tentatif dan pengisian dalam KKP kami, mereka mencadangkan supaya program itu dibuat dua sesi. Sesi pertama pada 24 April 2015 seterusnya sesi kedua pada 9-10 Mei 2015 untuk membolehkan para pelajar bersedia lebih awal untuk Konvensyen Pendidikan Islam yang mana mereka diberi tugasan untuk pembentangan yang bertajuk "Pendidikan Islam & Teknologi : Isu & Cabaran". Maka, pihak kami juga bersetuju dengan cadangan tersebut.

Seterusnya mengenai penginapan. Pihak JPWPKL meminta untuk menyediakan bilik untuk pihak mereka pada tarikh 9-10 Mei 2015 bertujuan untuk memantau program kami. Jadi, kami perlu mengedit pada bahagian belanjawan. 



Setelah habis berbincang, pihak jabatan bersetuju untuk menjalankan program ini bersama kami atas nama JPWPKL . Hal ini kerana akan memudahkan urusan kami untuk berurusan berkenaan sekolah yang dipilih dan urusan sumbangan. Terdapat beberapa kesalahan dalam Kertas Kerja Projek kami dan kami diminta untuk mengedit semula dan email kepada pihak mereka secepat mungkin.

Selesai.

PERJUMPAAN KALI KELIMA ( 6 APRIL 2015 )


Assalamualaikum w.b.t
Entry kali ini berkisah mengenai perjumpaan kumpulan kami buat kali kelima.

Masa: 2.00 petang – 4.30 petang
Tempat: BS20







Agenda pertama ialah Pengarah Program iaitu Fansuri membentangkan Kertas Kerja Projek yang telah siap dibuat oleh Setiausaha Program iaitu Raihana kepada semua ahli kumpulan untuk memperjelaskan semua perkara yang telah dirancang.

Agenda kedua ialah membincangkan mengenai siapa yang akan membentang Kertas Kerja Projek ini kepda Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada esok hari pada pukul 9 pagi. Keputusan telah dibuat dan hanya 4 orang yang akan pergi iaitu Fansuri, Zulhilmi, Amalina & Farah.

Agenda seterusnya mengenai update kerja bagi setiap biro, terutama biro pengangkutan & perhubungan luar, multimedia dan tugas-tugas khas.

Biro Pengangkutan & Perhubungan Luar : Isu harga sewaan bas.
Biro Multimedia : Tempahan baju & tag nama.
Tugas-tugas khas : Isu pembelian cenderamata.

Selesai.

Monday, 13 April 2015

PERJUMPAAN KALI KEEMPAT ( 23 MAC 2015 )


Assalamualaikum.
Update meeting kali keempat.

Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
Tempat: BS20




1) Pembentangan Program yang ingin dilaksanakan.

1.1    Penetapan tarikh sebenar untuk program yang bakal dilaksanakan. 
1.2    Pembentangan oleh setiap MT berkenaan tugas masing masing.                                                               
        
2) Perbincangan Tindakan Susulan Program.

2.1 Setiap ahli kumpulan memberi cadangan berkenaan tajaan dan sumbangan yang boleh diperolehi dari mana-mana pihak yang terlibat.
2.2 Penetapan tarikh perjumpaan MT dengan pegawai Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan.
2.3 Sesi mengambil gambar dan video dijalankan untuk dimasukkan ke dalam blog oleh MT Multimedia.

Selesai :)

PERJUMPAAN KALI KETIGA ( 16 MAC 2015 )


Assalamualaikum pembuka bicara.
Update kali ini mengenai perjumpaan kami kali yang ketiga.

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : BS19







 AGENDA PERJUMPAAN.


1) Pembentangan Program yang ingin dilaksanakan.

1.1     AJK Pengisian kumpulan membentangkan program yang ingin dilaksanakan kepada semua ahli kumpulan. 
1.2     AJK Pengisian turut mengulas objektif dan serba sedikit tentang program yang ingin dilaksanakan.                                                               
          
2) Perbincangan Tentatif Program
2.1     Setiap ahli kumpulan memberikan cadangan berkenaan tentative program yang bakal dilaksanakan.
2.2     Pengiraan kasar belanjawan turut dibincangkan.
2.3     Nama program dibincangkan dan sekaligus dijadikan sebagai nama blog dan email.

             2.4     Sesi mengambil gambar dan video dijalankan untu dimasukkan ke dalam blog oleh AJK Multimedia.

Selesai.

PERJUMPAAN MAJLIS TERTINGGI BERSAMA PENSYARAH ( PENYELARAS KUMPULAN )


Assalamualaikum, bertemu kembali kita.
Syukur ke hadrat Allah kerana kita masih diberi nafas untuk terus hidup di dunia ini.

InsyaAllah, entry kali ini akan menceritakan serba sedikit tentang perjumpaan yang diadakan oleh Majlis Tertinggi bersama Pensyarah bagi penyelaras kumpulan kami iaitu Dr Asyraf Isyraqi bin Jamil di meja di sekitar Pejabat Program Pendidikan Islam bertarikh 16 Mac 2015 pada pukul 12.00 tengah hari – 12.30 tengah hari.








Agenda pertama iaitu, pembentangan cadangan program yang ingin dilaksanakan kepada Dr Asyraf. Timbalan Pengarah, iaitu Hamizah membentangkan cadangan-cadangan program yang ingin dilaksanakan kepada penyelaras kumpulan. 

Seterusnya, ulasan penyelaras bagi pembentangan program kami. Penyelaras mencadangkan program yang ingin dijalankan perlulah bersesuaian dengan masa dan peruntukan yang ada. Kemudiannya beliau bersetuju sahaja dengan apa jua program yang kami hendak laksanakan.

Selesai.

PERJUMPAAN KALI KEDUA ( 15 MAC 2015 )


Assalamualaikum. 
Update untuk meeting kedua kami yang diadakan di Bilik Mesyuarat PMUM.

Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Program ASTER iaitu Hamizah kerana Pengarah tidak daoat menghadirkan diri atas sebab hal yang tidak dapat dielakkan.


                                     

      
Seterusnya, Hamizah meminta setiap ahli kumpulan untuk memberikan cadangan tempat-tempat dan program yang sesuai dan menarik. Enam cadangan telah diambil.



Seterusnya Nazmie dari Biro Pengisian mengutarakan cadangan program yang telah beliau rencanakan kepada ahli kumpulan yang lain.

Agenda seterusnya perbincangan nama blog dan email. Setiap ahli kumpulan memberikan nama-nama yang menarik untuk dijadikan blog. Tetapi, perbincangan ditangguhkan kerana kata sepakat akan memilih nama berdasarkan program yang bakal dijalankan.

Perjumpaan kami tamat sekadar itu. Diakhiri dengan tasbih kafarah.

Selesai.
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik